Selasa, 17 November 2009

Pendahuluan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan salam sejahtera


Bersyukur kita ke hadhrat ilahi kerna masih diberikan kesihatan, tenaga dan akal fikiran untuk terus hidup dalam keadaan yang aman sejahtera. . Alhamdullah

Dan saya bersyukur juga kerna diberi kesempatan untuk menulis blog saya ini bagi tujuan untuk kita berkongsi dan membincangkan tentang perkara-perkara yang membawa kita ke jalan yang diredhai dan di kasihi. . Amin

Bagi memulakan blog pertama saya ini, saya jemput para rakan dan sahabat untuk kita bersama-sama ingat memperingati antara satu sama lain dengan tujuan untuk mendidik hidup kita ke jalan yang di redhai dan cemerlang. Pendek kata dari saya, marilah kita mulakan nya sekarang. . . 



10 Tips Hidup Sihat Mengikut Al-Kitabiah

1.Bersukacita sentiasa. Hati yang gembira adalah ubat yang manjul, tetapi semangat yang patah mengeringkan tulang.(Al-amsal 17:22)

2.Berusahalah menjaga kekudusan dan mengejar kebenaran dalam tingkah laku. Ada orang-orang menjadi sakit oleh sebab kelakuan mereka yang berdosa, dan disiksa oleh sebab kesalahan-kesalahan mereka. (Al-Mazmur 107:17)

3.Perkatakan sesuatu yang baik dan positif. Perkataan yang menyenangkan adalah seperti sarang madu, manis bagi hati dan ubat bagi tulang-belulang. (Al-Amsal 16:24)

4. Jangan menyimpan sakit hati.

1. Sesungguhnya, orang bodoh dibunuh oleh sakit hati, dan orang bebal dimatikan oleh iri hati. Ayub 5:2
2. Yang lain mati dengan sakit hati, dengan tidak pernah merasakan kenikmatan. Ayub 21:25
3. Mataku mengidap karena sakit hati, rabun karena semua lawanku. Mazmur 6:7


5.Banyak memakan sayur-sayuran (belajar seperti kambing yang makan rumput yang tidak pernah mengalami penyakit kronik seperti : cancer, kerosakan ginjal, kolesterol, dll)

"Adakanlah percubaan dengan hamba-hambamu ini selama sepuluh hari dan biarlah kami diberikan sayur untuk dimakan dan air untuk diminum. Setelah selepas sepuluh hari, ternyata perawakan mereka lebih baik dan mereka kelihatan lebih gemuk dari pada semua orang muda yang telah makan dari santapan raja.

Kemudian penjenang itu selalu mengambil makanan mereka dan anggur yang harus mereka minum, lalu memberikan sayur kepada mereka. Daniel 1:12-16

6.Banyakkan memakan buah-buahan.Pada kedua tepi sungai itu tumbuh bermacam-macam pohon buah-buahan, yang daunnya tidak layu dan buahnya tidak habis-habis; tiap bulan ada lagi buahnya yang baru, sebab pohon-pohon itu mendapat air dari tempat kudus itu. Buahnya menjadi makanan dan daunnya menjadi ubat." Yehezkiel 47:12

7. Makanlah Madu.

1. Tetapi Yonatan tidak mendengar, bahwa ayahnya telah menyuruh rakyat bersumpah. Ia mengulurkan tongkat yang ada di tangannya dan mencelupkan ujungnya ke dalam sarang madu; kemudian ia mencedoknya ke mulutnya dengan tangan, lalu matanya menjadi terang lagi. 1 Samuel 14:27

1. Anakku, makanlah madu, sebab itu baik; dan tetesan madu manis untuk langit-langit mulutmu. (Al-Amsal 24:13)

8.Minum sedikit anggur. Janganlah lagi minum air saja, melainkan tambahkanlah anggur sedikit, berhubung pencernaanmu terganggu dan tubuhmu sering lemah. 1 timotius 5:23

9. Memakan roti@manna. Dalam zaman dahuhlu, roti atau manna dan ikan salah satu yang menjadi makanan sehari hari bagi orang Israel. Yang dimaksud roti disini adalah roti gandum yang berwarna kecoklatan. Ada juga manna, Juga ikan dimana Yesus juga menyantapnya.

A. Adapun manna itu seperti ketumbar dan kelihatannya seperti damar bedolah.
Bangsa itu berlari kian ke mari untuk memungutnya, lalu menggilingnya dengan batu kilangan atau menumbuknya dalam lumpang. Mereka memasaknya dalam periuk dan membuatnya menjadi roti bundar; rasanya seperti rasa panganan yang digoreng. Bilangan 11:7-8

1. Lalu mereka memberikan kepada-Nya sepotong ikan goreng. Ia mengambilnya dan memakannya di depan mata mereka. Lukas 24:42-43

10. Minyak Zaitun Murni. Tidak ditulis secara detail dalam Alkitab. Menurut buku yang ditulis oleh Benny Hinn, minyak zaitun murni sangat baik untuk kesihatan. Berbeza dengan minyak goreng yang beredar seperti sekarang ini. Harganya pun cukup mahal.

Apa yang di maksudkan dengan "Hidup"???



Hidup??? Hidup??? Hidup???

Ia hidup... Kita semua tahu bahawa semua yang ada di dunia ini adalah hidup. Tapi siapa yang menghidupkannya??? Siapa yang menciptakannya sehingga dia hidup??? Apa tujuannya untuk hidup???. Semua ini tidak pernah kita fikirkan secara detail dan terperinci. Kerana kesibukan duniawi, tidak semua individu ataupun masyarakat itu memberi peluang akalnya  memikirkan dan bertafakkur bagi memuhasabahkan diri. 

Maksud "Hidup"?

Kita boleh mendifinasikannya secara rambang iaitu corak permainan dan perjalanan seseorang individu. Setiap corak permainan itulah hidup, setiap perjalanan itulah hidup. Bermakna hidup ini hanya boleh di jawab oleh diri masing-masing. Tidak ada paksaan dalam kita memberi maksud hidup itu kerna hidup itu bergantung kepada diri individu itu sendiri. Walhal daripada itu, kita gunakan lah hidup kita ini dengan sebaik-baik rancangan dan panduan.

Contoh:

Kita nak hidup kaya?? Jawapannya ada pada diri kita sendiri.

Kita nak hidup bagaimanapun bentuk rupanya adalah bergantung pada diri kita sendiri. . Kita yang mencorakkan hidup kita, kita jugalah yang menconteng hidup kita sendiri.

Apa Itu "Pendidikan"??

Tentu kita semua tahu apa yang di maksudkan dengan pendidikan. Pendidikan adalah satu sumber, kunci dan panduan bagi kita selama kita hidup hingga ke akhir hayat kita. Di pendekkan kata, pendidikan adalah kepulauan ilmu yang luas yang terdapat pada setiap individu ataupun masyarakat majmuk yang berasaskan pendidikan.

Tetapi pendidikan yang macamna??

Di sini kita boleh katakan bahawa sifat pendidikan itu adalah meluas tetapi tujuannya adalah satu. Memang sukar untuk kita mendifinasikan sesebuah pendidikan itu kerana pendidikan adalah bersifat globalisasi atau pun menyeluruh. So, semua ini berasaskan kepada salasilah sesebuah induk tersebut. Bergantung kepada kita untuk mentala'ah yang mana berfaedah dan yang mana memudharatkan, memilihnya yang mana baik dan yang mana buruk, mengamalkanya yang mana perlu dan yang mana tidak perlu.